Saturday, December 24, 2011

Gift ala Hamper

Hari ni majlis perkahwinan kawan baik Zura. Tak tau nak bagi apa... tapi idea dtg tiba2... zura buatkan brooch roses dari benang Chiffon. Warna mix purple.. look difference and nice.


Bersama-sama itu, zura bagi small apple bowl 4 pcs.. di balut dgn kain organza warna pink.. nampak menarik dan exclusive la jugak.. so satu utk letak didapur & satu lagi unuk dipakai... sweet tak?


Kedua-dua hadiah tu, Zura masukkan dalam kotak berhias kain songket bermanik-manik... ermm.. buat hadiah ala-ala hamper.. tengok pun menarik..boring asyik nak balut guna kertas je.. sesekali buat kelainan la sikit...


Red Love card... buat sendiri.. sebab tak sempat nak cari card ucapan.. Zura buat sendiri guna lebihan kain felt... Handwritting jer... hehehhe

gambar  kat bawah ni pandangan dari atas... lepas masuk dlm kotak, Zura bungkus dgn kain organza warna gold..  card ucapan tu sepitkan dgn sepit yg dihias cantik.. nampak tergantung jer la... ERMM....  so sesiapa yg ingin kan kelainan.. boleh la gunakan idea ni tapi ambik masa la jugak nak buat... hehehhehe,.. saper yg rajin boleh la buat....  Buat sahabatku fauzi sani.. Selamat Pengantin Baru.. semoga cekal & tabah melayari duni bahtera rumahtangga......

Wednesday, December 21, 2011

Pokok CINTA

Pokok Cinta... ermm yg ni untuk menaikkan semangat.. nak hadiahkan kat org yg sangat istimewa atau dapatkan untuk diri sendiri... warna merah yg berani & sentiasa bersemangat..... Letak kat kat atas meja study atau meja office mesti ada org yg cemburu dgn hasil crafttangan yg limited...  Jom tengok lagi..


 Pokok CINTA pertama ini untuk Faezah.. Dia bagi tanda nama dia masa tingkatan 4.. ada sentimental value kan? Zura lekat kan kat daun felt & lekatkan manik-manik bunga2 yg nampak ceria..



 Comel tak? sesiapa yg berminat... call Zura...

King & Queen Cushion

King & Queen Cushion ditempah khas oleh Ira dari Bandar Tun Razak..  Ukuran cushion ni 11 inci X 10.5 inci.  Siap ada crown  mutiara lagi..... Jom tengok...



 
Ingin tempah? call Zura ye...

Sunday, December 18, 2011

Business Card Holder

 Business card holder ni dikait bersama-sama manik berwarna gold. Leceh sikit nak buat tapi menarik dan ada kelainnannya.. sesuai untuk simpan business card atau duit kertas sahaja.. syiling tak sesuai sebab Zura tak buat penutup dia.. Nanti jatuh plak duit tu... Tengok la...



 Berminat?   SMS la Zura....

Box

Handmade box dari  felt.. 100% handmade.. Box ni boleh di isi cookies, sweet dan nak isi telur rebus pun  pun boleh juga ..  Jom tengok...

   This design zura letak love shape.. sesuai la utk majlis perkahwinan.. nak letak nama  pun boleh tapi extra charges  for wording la.. anyway.. kalau zura belum kawin, dah tentu zura buat utk majlis perkahwinan zura.. sebab box ni simple and cute. comel sgt...




Sesiap yg berminat boleh la hubungi Zura..

Tuesday, December 13, 2011

LOVE Cushion Felt

Bosan jugak asyik buat bunga.. Sesekali nak buat something yg simple jer... Google la Cushion to get some idea. n this is the best pattern for this timing... LOVE words with 2 colors only,  Black & Red... Cantik tak? Huruf semua nya handcraft not computer print ya... LUKIS & POTONG ... jahit tangan tau... ukuran 10 inc X 10 inc.. kecil jer.. Kalau nak order, Zura boleh buat ukuran lain jugak...yg in boleh letak dlm kereta as deco.. tapi nak buat tido tak sesuai la... Now thinking nak buat pillow yg boleh buat peluk.. ermm..sekali dah buat, banyak idea plak yg datang.. nak implement jer yg ambik masa.... Tapi insyaAllah Zura akan buat juga.... so enjoy view my 1st cushion 100% handmade...



 Jika berminat untuk memilikinya.. hubungi la Zura... U all boleh customize sendiri warna & perkataan yg ingin dibuat... Sometime ada idea tapi takde masa kan... so Zura boleh tolong realisasikan idea anda.... hehehhe  have some crazy thing same times.....

Saturday, December 10, 2011

Purses Crochet

Kali ni Zura buat purse kecil yg sesuai untuk kita simpan duit2 kecil... atau card ATM ker... mcm-mcm lagi la.....yg warna biru ni boleh simpan handphone... semua di kait kemas dan menarikkan dengan tampalan bunga crochet.... jom tengok yg lain-lain...




 Warna hijau pun menarik jugak...










 Macam mana.. menarik tak... sesiapa yg berminat untuk menempahnya.. boleh la hubungi Zura..

Wednesday, December 7, 2011

Hairclip

Hairclip lagi.... Comel-comel jer... sesiapa yg berminat boleh la order kat Zura.... Yg purple ni zura jahit manik and pearl pink... so sweet jer combination dia...

  Fresh Strawberry kat kepala... Comel kan...rasa macam nak makan jer... nyum..nyum..nyum...



sekali tengok macam warna-warna Xmas jer.... kita kan SATU MALAYSIA...




  Yg ini mini flower from crochet with seashell... simple n nice

Love Felt

Fall in loe with felt.. Senang jer nak buat .. tak la mencabar kesabaran macam buat crochet... Tapi dia sangat sangat sangat comel... So this time zura buat Love shape... hairclip untuk anak-anak gadis kita... comel jer kan... Ada beberapa warna dan corak tapi semua Love shape... In Love la katakan... hehehhe







Tuesday, December 6, 2011

Bekas Telur Crochet

Dah lama Zura tak upload.. walaupun bekas telur ni dah lama siap tapi belum kesempatan nak upload.. asyik lupa jer...Ada beberapa corak yg Zura buat untuk tatapan semua.. Yg dalam gambar ni ukuran telur masin..gambar pertama ni.... zura panggil Bekas Telur Tido.. hehehhee.. kenapa? sebab telur tu tak menegak... bekas ni dibuat mengikut telur dlm keadaan jatuh... nampak lebar la sikit... ada gak untuk telur yg menegak.. nak tau.. tengok la kat bawah lagi... Happy Viewing.....


yg ni Telur berdiri... asebab telur akan keliohatan terletak.. yg ni simple.. tanpa reben ... crochet semata2... dont worry.. telur ni takkan terkeluar sebab dah ikut ukuran betul2.. sebab tu kene plan nak pakai telur size apa.. but dont worry setiap masalah mesti ada solution... Zura akan advice nanti.,...



yg kat bawah ni pun telur berdiri tapi ada reben...  warna boleh ikut tema majlis..


 Sekiranya berminat untuk mendapat bekas telur menarik dan 100% handmade ni.. jgn lupa hubungi Zura...