Hari ni majlis perkahwinan kawan baik Zura. Tak tau nak bagi apa... tapi idea dtg tiba2... zura buatkan brooch roses dari benang Chiffon. Warna mix purple.. look difference and nice.
Bersama-sama itu, zura bagi small apple bowl 4 pcs.. di balut dgn kain organza warna pink.. nampak menarik dan exclusive la jugak.. so satu utk letak didapur & satu lagi unuk dipakai... sweet tak?
Kedua-dua hadiah tu, Zura masukkan dalam kotak berhias kain songket bermanik-manik... ermm.. buat hadiah ala-ala hamper.. tengok pun menarik..boring asyik nak balut guna kertas je.. sesekali buat kelainan la sikit...
Red Love card... buat sendiri.. sebab tak sempat nak cari card ucapan.. Zura buat sendiri guna lebihan kain felt... Handwritting jer... hehehhe
gambar kat bawah ni pandangan dari atas... lepas masuk dlm kotak, Zura bungkus dgn kain organza warna gold.. card ucapan tu sepitkan dgn sepit yg dihias cantik.. nampak tergantung jer la... ERMM.... so sesiapa yg ingin kan kelainan.. boleh la gunakan idea ni tapi ambik masa la jugak nak buat... hehehhehe,.. saper yg rajin boleh la buat.... Buat sahabatku fauzi sani.. Selamat Pengantin Baru.. semoga cekal & tabah melayari duni bahtera rumahtangga......
No comments:
Post a Comment